Friday, 6 March 2015

Definisi ayat makiyyah dan madaniyyah


                         AYAT MAKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH


Apa yang dimaksudkan dengan ayat makiyyah dan madaniyyah? 

         Para Ulama berbeza pendapat dalam menentukan makna ayat makiyyah dan madaniyyah berdasarkan kepada masa, tempat dan kepada siapa ayat itu ditujukan.





  • Dari segi masa : Ayat makiyyah adalah ayat yang diturunkan sebelum hijrah walaupun ia turun di Madinah, dan ayat Madaniyyah adalah ayat yang turun setelah Hijrah walaupun ia turun di Mekah. Pendapat ini adalah pendapat yang paling masyhur.
  • Dari segi tempat : Ayat Makiyyah adalah ayat yang turun di Mekah dan Madaniyyah adalah ayat yang turun di Madinah.
  • Kepada siapa ayat ini ditujukan : Ayat Makiyyah adalah ayat yang ditujukan perbicaraannya (khitab) kepada penduduk Mekah dan ayat Madaniyyah ayat yang ditujukan perbicaraannya kepada penduduk Madinah. Pendapat ini sesuai dengan pendapat Ibn Mas'ud. Antara rasional pendapat ini ialah kerana seruan dalam ayat Makiyyah kebanyakkannya dalam bentuk: (wahai manusia). Seruan ini sesuai untuk Penduduk Mekah kerana penduduk Mekah kebanyakkannya adalah orang kafir. Sementara seruan dalam ayat Madaniyyah pula kebanyakkannya dalam bentuk (wahai orang-orang yang beriman) kerana kebanyakan penduduk Madinah adalah orang Islam.







No comments:

Post a Comment