Monday, 23 March 2015

Ciri-ciri ayat madaniyyah

Ciri-ciri ayat Madaniyyah terbahagi kepada dua iaitu qat'i dan Aghlabi ( kebiasaan ) . Bagaimana cara untuk mengenal ciri-ciri ayat madaniyyah yang bersifat qat'i dan bersifat Aghlabi(kebiasaan)?

Qat’i
  •  Menerangkan tentang keizinan berperang, berjihad serta peraturan perang dan berkaitan dengan hukum jihad.

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah 2 : 216)

  • Menceritakan tentang dialog dengan ahli kitab yang mengajak mereka memeluk dan menerima islam.
  •  Menyatakan tentang orang munafik kecuali kecuali surah Al-Ankabut. Contoh:

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ 
وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ

Maksudnya: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Muhammad) mereka berkata ,’Kami mengakui bahawa Engkau adalah Rasul Allah” Dan Allah Maha mengetahui bahawa engkau benar-benar RasulNya dan Allah menyaksikan bahawa sesungghnya pengakuan orang munafik itu adalah dusta.
(Surah Al-Munafiqun Ayat 1)

  • Mengandungi hukum jenayah, hudud, hukum yang berkaitan hukum fara’id, sivil, kemasyarakatan dan negara.


Aghlabi
  • Mempunyai ayat-ayat yang panjang dan memeberi penjelasan serta keterangan yang terperinci kecuali, Al-nasr, Al-zalzalah, Al-Bayyinah.
  • Menerangkan dengan terperinci bukti-bukti yang menunjukkan hakikat tentang keagamaan.
  •  Menjelaskan tentang ibadat, muamalat, kekeluargaan, sosial, jihad dan hubungan antarabangsa.
  • Dimulakan dengan (ياأيها  الذين ءامنوا) kecuali surah Al-hajj. Contoh: 

62:9


Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan berjual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
 (Surah Al-Jumuah 9)






No comments:

Post a Comment