Monday, 23 March 2015

Ciri-ciri ayat makiyyah

 Ciri-ciri ayat Makiyyah terbahagi kepada dua iaitu qat'i dan Aghlabi (kebiasaan). Bagaimana cara untuk mengenal ciri-ciri ayat makiyyah yang bersifat qat'i dan bersifat Aghlabi (kebiasaan) ?

Qat'i
  • Setiap surah yang didalamnya terdapat ayat sajadah.

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Tidak ada orang yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami melainkan orang-orang yang apabila mereka diberi peringatan dan ajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud(menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
(Surah Sajadah 33: ayat 15)

  • Setiap surah yang menceritakan tentang kisah atau sejarah para nabi dan rasul terdahulu kecuali surah Al-Baqarah sahaja.
  • Setiap surah yang terdapat lafaz " كلا" adalah makiyyah. Di dalam Alquran, lafaz itu disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah, di mana surah-surah itu terletak di dalam bahagian separuh terakhir daripada Alquran.

                                                        كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
 Maksudnya: Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia
(Surah Al-Qiamah 57: ayat 20)

  • Setiap surah yang terdapat kisah nabi Adam dan Iblis adalah Makiyyah kecuali surah Al-Baqarah.
  • Setiap surah yang menyatakan dan menggunakan ungkapan atau lafaz wahai sekalian manusia"يا أيها الناس" kecuali  ayat 77 di dalam al-Hajj
  • Setiap surah yang dimulakan dengan huruf-huruf singkat atau huruf al-Tahajji. Contohnya "الم" dan "الر" kecuali surah Al Baqarah dan Surah Ali Imran(kedua-dua ulama' telah disepakati oleh ulama sebagai surah Madani).

Aghlabi
  • Menerangkan tentang akidah yang benar, mengajak kepada tauhid, beribadat dan menggesa supaya menjauhkan diri daripada syirik terhadap Allah.
  • Menggesa manusia meneliti bukti kejadian, kekuasaan Allah, pengukuhan akidah, menyeru kepada beriman kepada Allah, hari akhirat juga menceritakan keadaan syurga dan neraka.
  • Membicarakan dan mencela perbuatan buruk masyarakat arab Jahiliyyah seperti suka bunuh membunuh, menanam atau membunuh anak perempuan hidup-hidup.
  • Menyentuh tentang pembentukan akhlak dan perkara sivil.
  • Ayat dan suku kata yang pendek, ringkas dan padat serta nadanya berbentuk keras.
  • Terdapat banyak lafaz sumpah.
  • Perletakan dasar umum dalam perundangan.
  • Menyebut kisah para nabi dan umat terdahulu sebagai pengaran dan menyatakan nasib orang yang mendustakan.




No comments:

Post a Comment