إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ |
Wednesday, 25 March 2015
AYAT YANG DITURUNKAN MALAM DAN SIANG
Apakah ayat yang diturunkan pada waktu malam dan siang?
Tuesday, 24 March 2015
Contoh ayat-ayat Makkiyyah dalam Surah Madaniyyah
Nyatakan contoh ayat-ayat Makiyyah dalam Surah Madaniyyah?
Ia membawa maksud Surah Makki dan Madani
yang bercampur ayatnya. Daripada 114 surah dalam Al-quran, ulama telah pun
menetapkan sebanyak 40 surah yang bercampur Surah Makiyyah dengan ayat Madaniyyah dan
surah Madani yang bercampur dengan ayat Makki. Dengan kata lain, terdapat surah
Makki dalam ayat Madani dan Surah Madani dalam ayat Makki. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 34 Surah Makki terdapat beberapa ayat Madani. Surah Makki
yang terdapat ayat Madani adalah sebagaimana berikut:
- Al-An’am, kecuali ayat 20, 23, 91, 93, 114, 141, 151 dan 153 adalah Madani.
- Al-‘Araf, kecuali ayat 163 dan 170 Madani.
- Yunus, kecuali ayat 40, 94, 95 dan 96 Madani.
- Hud, kecuali ayat 12, 17 dan 114 Madani.
- Yusuf, kecuali ayat 1, 2, 3, dan 7 Madani.
- Ibrahim, kecuali ayat 28 dan 29 Madani.
- Al-Hijr, kecuali ayat 87 Madani.
- A-Nahl, kecuali ayat 126, 127 dan 128 Madani.
- Al-Isra’, kecuali ayat 26, 32, 33, 57, 73 dan 80 Madani.
- Al-Kahfi, kecuali ayat 28, 83,dan 101 Madani
- Maryam, kecuali ayat 58 dan 71 Madani.
- Taha, kecuali ayat 130 dan 131 Madani.
- Al-Furqan, kecuali ayat 68, 69 dan 70 Madani.
- Al-Syu’ara’, kecuali ayat 197, 224, 225, 226 dan 227 Madani.
- Al- Qasas, kecuali ayat 52 dan 55 Madani.
- Al-Ankabut, kecuali ayat 1 hingga 11 Madani.
- Al-Rum, kecuali ayat 17 Madani.
- Luqman, kecuali ayat 27, 28 dan 29 Madani.
- Al-Sajdah, kecuali ayat 16, 17, 18, 19 dan 20 Madani.
- Saba’, kecuali ayat 6 Madani.
- Yasin, kecuali ayat 45 Madani.
- Al-Zumar, kecuali ayat 52, 53, dan 54 Madani.
- Al-Mu’min, kecuali ayat 56 dan 57 Madani.
- Al-syura, kecuali ayat 23, 24, 25 dan 27 Madani.
- Al-Zukhruf, kecuali ayat 54 Madani.
- Al-Ahqaf, kecuali ayat 10,15 dan 35 Madani.
- Qaf, kecuali ayat 38 Madani.
- Al-Najm, kecuali ayat 32 Madani.
- Al-Qamar, kecuali ayat 44, 45 dan 46 Madani.
- Al-Waqi’ah, kecuali ayat 81 dan 82 Madani.
- Al-Qalam, kecuali ayat 17, 33, 48 dan 50 Madani.
- Al-Muzzammil, kecuali ayat 10, 11, dan 22 Madani.
- Al-Mursalat, kecuali ayat 48 Madani.
- Al-Ma’un, kecuali ayat 4,5,6 dan 7 Madani.
Perbezaan antara ayat makkiyyah dan madaniah
Perbezaan antara ayat makkiyyah dan madaniah:
Bil
|
Ayat Makkiyyah
|
Ayat Madaniyyah
|
1
|
Mengandungi surah yang pendek.
|
Mengandungi surah yang panjang.
|
2
|
19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat.
|
11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat.
|
3
|
Ayat makkiyah kebiasaannya dimulakan dengan ayat ‘Yaa ayyuhannaas’ dan jarang dimulakan dengan"Ya ayyuhalladzi na aamanu"
|
Banyak ayat-ayat Madaniyyah dimulakan dengan perkataan "Ya ayyuhalladzi na aamanu" dan hanya sedikit dimulakan perkataan ‘Yaa ayyuhannaas’
|
4
|
Mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.
|
Mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum bermasyarakat, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya
|
Video
Video ini menerangkan tentang bagaimana ayat Makiyyah dan Madaniyyah itu diturunkan. Ia juga menceritakan tentang ciri-ciri Makiyyah dan Madaniyyah dan ia menerangkan kaedah penurunan ayat tersebut.
Penghargaan kepada : TVSunnah dan Ustaz Salman
Monday, 23 March 2015
Faedah mempelajari ayat Makiyyah dan Madaniyyah
Apakah faedah mempelajari ayat makiyyah dan madaniyyah?
- Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat nasakh dan mansukh.
- Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta perkembangan Al Quran.
- Dapat menambah keyakinan serta mengukuh pegangan kita tentang keaslian al-Quran dan kesuciannya.
- Untuk mengetahui dan menghargai betapa gigih dan tekunnya ulama Islam dalam mengkaji Al-Quran serta ilmu-ilmunya untuk kepentingan umat Islam.
- Sebagai satu cara yang dilakukan oleh Allah S.W.T melalui ulama mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok dan diubah.
- Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan menglibatkan hukum daripadanya.
Ciri-ciri ayat madaniyyah
Ciri-ciri ayat Madaniyyah terbahagi kepada dua iaitu qat'i dan Aghlabi ( kebiasaan ) . Bagaimana cara untuk mengenal ciri-ciri ayat madaniyyah yang bersifat qat'i dan bersifat Aghlabi(kebiasaan)?
Qat’i
- Menerangkan tentang keizinan berperang, berjihad serta peraturan perang dan berkaitan dengan hukum jihad.
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah 2 : 216)
- Menceritakan tentang dialog dengan ahli kitab yang mengajak mereka memeluk dan menerima islam.
- Menyatakan tentang orang munafik kecuali kecuali surah Al-Ankabut. Contoh:
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ
وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Maksudnya: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Muhammad) mereka berkata ,’Kami mengakui bahawa Engkau adalah Rasul Allah” Dan Allah Maha mengetahui bahawa engkau benar-benar RasulNya dan Allah menyaksikan bahawa sesungghnya pengakuan orang munafik itu adalah dusta.
( Surah Al-Munafiqun Ayat 1)
- Mengandungi hukum jenayah, hudud, hukum yang berkaitan hukum fara’id, sivil, kemasyarakatan dan negara.
Aghlabi
- Mempunyai ayat-ayat yang panjang dan memeberi penjelasan serta keterangan yang terperinci kecuali, Al-nasr, Al-zalzalah, Al-Bayyinah.
- Menerangkan dengan terperinci bukti-bukti yang menunjukkan hakikat tentang keagamaan.
- Menjelaskan tentang ibadat, muamalat, kekeluargaan, sosial, jihad dan hubungan antarabangsa.
- Dimulakan dengan (ياأيها الذين ءامنوا) kecuali surah Al-hajj. Contoh:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan berjual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Ciri-ciri ayat makiyyah
Ciri-ciri ayat Makiyyah terbahagi kepada dua iaitu qat'i dan Aghlabi (kebiasaan). Bagaimana cara untuk mengenal ciri-ciri ayat makiyyah yang bersifat qat'i dan bersifat Aghlabi (kebiasaan) ?
Qat'i
- Setiap surah yang didalamnya terdapat ayat sajadah.
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya: Tidak ada orang yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami melainkan orang-orang yang apabila mereka diberi peringatan dan ajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud(menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
(Surah Sajadah 33: ayat 15)
- Setiap surah yang menceritakan tentang kisah atau sejarah para nabi dan rasul terdahulu kecuali surah Al-Baqarah sahaja.
- Setiap surah yang terdapat lafaz " كلا" adalah makiyyah. Di dalam Alquran, lafaz itu disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah, di mana surah-surah itu terletak di dalam bahagian separuh terakhir daripada Alquran.
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
Maksudnya: Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia
(Surah Al-Qiamah 57: ayat 20)
- Setiap surah yang terdapat kisah nabi Adam dan Iblis adalah Makiyyah kecuali surah Al-Baqarah.
- Setiap surah yang menyatakan dan menggunakan ungkapan atau lafaz wahai sekalian manusia"يا أيها الناس" kecuali ayat 77 di dalam al-Hajj
- Setiap surah yang dimulakan dengan huruf-huruf singkat atau huruf al-Tahajji. Contohnya "الم" dan "الر" kecuali surah Al Baqarah dan Surah Ali Imran(kedua-dua ulama' telah disepakati oleh ulama sebagai surah Madani).
Aghlabi
- Menerangkan tentang akidah yang benar, mengajak kepada tauhid, beribadat dan menggesa supaya menjauhkan diri daripada syirik terhadap Allah.
- Menggesa manusia meneliti bukti kejadian, kekuasaan Allah, pengukuhan akidah, menyeru kepada beriman kepada Allah, hari akhirat juga menceritakan keadaan syurga dan neraka.
- Membicarakan dan mencela perbuatan buruk masyarakat arab Jahiliyyah seperti suka bunuh membunuh, menanam atau membunuh anak perempuan hidup-hidup.
- Menyentuh tentang pembentukan akhlak dan perkara sivil.
- Ayat dan suku kata yang pendek, ringkas dan padat serta nadanya berbentuk keras.
- Terdapat banyak lafaz sumpah.
- Perletakan dasar umum dalam perundangan.
- Menyebut kisah para nabi dan umat terdahulu sebagai pengaran dan menyatakan nasib orang yang mendustakan.
Tujuan ayat Makiyyah dan Madaniyyah diturunkan
Apakah tujuan ayat Makiyyah dan Madaniyyah diturunkan?
Ayat-ayat Makiyyah kebanyakkannya diturunkan dengan tujuan:
- Membetulkan akidah dan akhlak.
- Melarang syirik dan penyembahan berhala.
- Menguatkan akidah tauhid.
- Menghilangkan pengaruh budaya jahiliyyah seperti membunuh, berzina dan mengubur anak perempuan hidup-hidup.
- Menanamkan sifat mulia kepada masyarakat dengan adab dan akhlak Islam seperti adil, ihsan dan lain-lain.
- Sesuai dengan akal dan fikiran.
- Menegah keraguan dan taqlid buta.
- Membebaskan manusia.
- Mengambil pengajaran dan iktibar.
Ayat-ayat Madaniyyah pula kebanyakkannya diturunkan dengan tujuan:
Friday, 6 March 2015
Definisi ayat makiyyah dan madaniyyah
AYAT MAKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH
Para Ulama berbeza pendapat dalam menentukan makna ayat makiyyah dan madaniyyah berdasarkan kepada masa, tempat dan kepada siapa ayat itu ditujukan.
- Dari segi masa : Ayat makiyyah adalah ayat yang diturunkan sebelum hijrah walaupun ia turun di Madinah, dan ayat Madaniyyah adalah ayat yang turun setelah Hijrah walaupun ia turun di Mekah. Pendapat ini adalah pendapat yang paling masyhur.
- Dari segi tempat : Ayat Makiyyah adalah ayat yang turun di Mekah dan Madaniyyah adalah ayat yang turun di Madinah.
- Kepada siapa ayat ini ditujukan : Ayat Makiyyah adalah ayat yang ditujukan perbicaraannya (khitab) kepada penduduk Mekah dan ayat Madaniyyah ayat yang ditujukan perbicaraannya kepada penduduk Madinah. Pendapat ini sesuai dengan pendapat Ibn Mas'ud. Antara rasional pendapat ini ialah kerana seruan dalam ayat Makiyyah kebanyakkannya dalam bentuk: (wahai manusia). Seruan ini sesuai untuk Penduduk Mekah kerana penduduk Mekah kebanyakkannya adalah orang kafir. Sementara seruan dalam ayat Madaniyyah pula kebanyakkannya dalam bentuk (wahai orang-orang yang beriman) kerana kebanyakan penduduk Madinah adalah orang Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)